Friday 16 May 2008


Inilah tanah birasku yang dimaksudkan, luas bukan? aku upah orang kampung utk tebas, meracun aku sendiri bikin. Nak tahu bagaimana penat jerih abahku buat bendang dulu. Nampak gaya aku memang mewarisi bakat berkebun dari arwah tok wan. Pastu turun ke abah, la ni aku plak jadi petani, pagi aku ngajar student, petang aku jadi pak tani. Best giler buat keje camni... orang kata aku giler, biarlah apa orang nak kata. Sebenarnya aku memang seronok bertani, dapat bercakap ngan pokok, la ni plak musim durian tengah berbuah....perhhh nikmat tak terkata cium aroma bunga durian pecah......

Penat dan Lelah

Sudah sebulan aku dok bela pokok cabai (kata anakku pokok abai), kini kudup bunga sudah menampakkan wajahnya. Kira-kira dua minggu lagi akan menampakkan hasil yang pertama. 2K is not a small amount, aku usahakan 2K pokok cabai atas tanah birasku, dari melihat pokok serai berbunga kuning subur menghijau (pokok lalang le tur), baik aku tanam cabai. Kata orang pokok cabai banyak karenah........... bagiku orang yang cakap tu ler banyak karenah.

Aku lega banyak pasal iparku baru je grad UiTM, aku ajak dia joint projek aku, setakat ni keje dia siram anak cabai waktu pagi, yer la pagi aku sibuk nak uruskan hal lain. Sementara menunggu akar pokok cabai sudah cukup kuat, barula air akan dialirkan thru dripper. Dripper ni pun satu hal jugak, teruk aku kena buli ngan dia.