Thursday 23 February 2012

reach to complete...........

1. gedebuk gedebak dok ulang alik dari umah pertama dan kedua ke lembah sintok bermula hujung 2009 sampai sekarang hampir menuju ke garisan penamat.

2. mengantuk dalam perjalanan ke bumi sintok pun selalu terjadi bila mana bergerak awal pagi, sebab jangkamasa dua jam perjalanan.

3. insyallah, 6 semester berjaya diharungi untuk memperoleh sertifikasi yang akan tertera MBA(Accounting) oleh MAbA.

4. pasti kejayaan ini akan dikongsi bersama isteri tercinta dan anak tersayang, anak perempuanku pun akan bergraduasi hujung tahun ni, graduasi kecil, pintar anakku ni tapi agak manja sebab anak tunggal. cadanganku kami akan berada dua malam di bumi sintok nanti semasa konvokesyenku kelak, sebab mahu membawa keluargaku menikmati suasana bumi sintok yang indah lagi permai.

5. kepada insan-insan yang berhati mulia seperti Dr Amlus yang memberi peluang untuk aku berteduh di rumahnya semasa berada di bumi sintok. kawan-kawanku yang sentiasa diingati, abang yazid, haji bahauddin, abang rahim (maybank) dan banyak lagi yang sama-sama berjuang dalam penerokaan ilmu.

6. takkan kulupakan kedua orang tuaku di baling dan di alor setar, sokongan moral dan pertolongan dari kalian tiada tolok bandingnya.

Wednesday 6 July 2011

no topic to choose...............

Bosan sungguh cuti semester ni, nothing to do, dulu memang tak sempat nak blogging, kali ni ada gak masa untuk berblogging. Dah 9 tahun kerja, kalau maintain kerja dulu for sure dah masuk zone senior exec, tapi rezeki dok tala sebelah sini dulu, takpa teruskan dulu selagi termampu, pasni akan ada rezeki yang lain pulak, insyaALLAH moga dimudahkan.

Sunday 26 June 2011

Macam-macam ada.........

this is the second time for us to organize MMR for our unit, frankly speaking so tired to perform this job, even we must do with our own expenses. So for the rest, what happen? freely come and freely go, think first wisely

Thursday 14 April 2011

Manusia oh Manusia

Hey manusia melayu,

1. berhentilah dari dok terlalu menjaga tepi kain orang, jaga saja tepi kain sendiri. Ada aku kacau tepi kain hangpa? selak pun tak penah wooo. Sendiri punya kain, sendiri jaga. Ada bahagian kita boleh ambil tahu hal orang, ada hal yang berbentuk keperibadian tak usahlah diganggu. "Sarang tebuan jangan dijolok", nanti tebuan mengamuk. Jangan terlalu mengharapkan diri kalian seperti BBC, cukuplah menjaga hal rumahtangga masing-masing, buat apa nak korek dalam-dalam lubang, nanti jatuh dalam longkang takdak orang nak tolong dah, kambus terus je.

2. Cukuplah atas apa yang kalian lakukan pada aku selama ini, berilah peluang untuk bebas dari dosa akibat sentiasa mendoakan moga kalian ditimpa kecelakaan atas dunia ini. Adakah aku menyebabkan kalian rugi dari aspek material dan bukan material.? Aku tak mahu menanggung dosa lagi nanti akibat tekanan perasaan untuk membunuh kalian. Ingat!! aku mampu lakukannya tanpa sebarang ragu-ragu

Sunday 27 February 2011

Ingat 5 sebelum 5

Kita diingatkan supaya mengingati 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, salah satunya Masa Lapang sebelum Sempit, amat dalam maksudnya, kena mengaji untuk lebih memahami, tapi dalam tafsiran manusia tingkatan biasa, perkara yang ini amat bermakna bagiku, 3 minggu ni (semester break) sememangnya amat-amat berkualiti bagiku utk famili. Saban minggu aku terpaksa meninggalkan mereka termasuk hari bekerja, syukur alhamdulillah, mereka berdua amat-amat memahami situasiku sekarang. Tak lama lagi aku bakal habiskan pengajian, maka akan lebih masa diperuntukan untuk mereka berdua.

Tuesday 21 December 2010

hidup lagi rupanya............


i. dah dekat setahun blog ni tak diupdate, sibuk sungguh tuan 'tanah' kedaung nih, sibuk? of course sibuk sebab dah terikat sebagai student semula.
ii. tuh, gambaq sebelah dok nampak sibuk sesangat, my little princess snap photo pun mmg xdan kalih, tak silap time tuh tengah pulun siapkan FINANCIAL MODELING takpun projek STRA. MGMT.
iii. ada lg 3 sem perlu ditempuh, setiap minggu xdak hari untuk berehat, ahad-khamis : kerja, jumaat-sabtu: kuliah, sem. break pun sat saja pasai trisemester sethn, ikut saja la labu.

Friday 25 December 2009

Tahun Baru, Tempat Kerja Baru, Dapat Projek Baru.............

1. Memang lama aku tak 'update', malas nak ber'update' sebenarnya.

2. 29hb Nov ; dapat 'Offer Letter' dari COB UUM, MBA(Acct) 45 credit hours, RM300/credit. Beres, insyaallah.

3. 3 hb Dis 2009 melapor tempat kerja baru, 15 minit saja dari rumah.

4. 3 minggu terakhir Disember 2009, penuh pelbagai dugaan dan peluang.