Monday 30 March 2009

Upacara Pemakaian Pangkat & Perasmian Latihan Tempatan 2009


Tarikh : 21 Mac 2009.
Tempat : Kem Hobart, Gurun Kedah.


1. Komander Rej 513 AW; Lt Kol Tunku Puteri Intan Shafinaz telah menyempurnakan upacara berkenaan dan yang pastinya hari itu bersejarah dalam 2009 kerana upacara kenaikan pangkat aku ke pangkat Leftenan sebenar di mana tarikh kuasa pada 12 Mei 2008 dan kawat bertarikh 7 Jan 2009 (huh bayangkan betapa lamanya tarikh berkenaan.


2. Aku juga berjaya mengharumkan nama Rej 513 AW dengan membawa pulang kejayaan sebagai Penuntut Terbaik Akademik dalam Kursus Staf dan Taktik Gred 3 (S) Siri 1/2009. Ini merupakan kejayaan peribadi dan kejayaan Rej 513 AW secara amnya. Apapun Rej 513 AW berjaya melahirkan ramai penuntut kursus terbaik dalam apa jua kursus yang dianjurkan oleh PUSWATAN. Syabas diucapkan.

Saturday 14 March 2009

Sebulan di Ipoh......


diam tak diam, nak hampir sebulan aku di PUSWATAN menjalani kursus Staf & Taktik Gred 3. Bagiku inilah kursus yang paling enjoy kerana banyak ilmu SD diperoleh iaitu tugas-tugas sebagai Pegawai Staf 3. Paling teruk pun CPX, itu pun enjoy kerana aku dapat jawatan Peg Jutra; just koordinat tugas-tugas BEME di BMA. Tupun ada gak BEME yang bodoh, nak tunjuk pandai tapi bengong tahap cipan kurap, dah la pengetahuan pun kurang, pangkat BEME lebih rendah dari PEG JUTRA, berani plak nak sound aku, bodoh, nak bangga sangat ngan jawatan awam, apa ada ngan jawatan awam kau tu, sekadar pensyarah, pegawai HEP, tak payah. boleh sangkut kat luar pagar umah kau dulu.