Tarikh : 21 Mac 2009.
Tempat : Kem Hobart, Gurun Kedah.
1. Komander Rej 513 AW; Lt Kol Tunku Puteri Intan Shafinaz telah menyempurnakan upacara berkenaan dan yang pastinya hari itu bersejarah dalam 2009 kerana upacara kenaikan pangkat aku ke pangkat Leftenan sebenar di mana tarikh kuasa pada 12 Mei 2008 dan kawat bertarikh 7 Jan 2009 (huh bayangkan betapa lamanya tarikh berkenaan.
2. Aku juga berjaya mengharumkan nama Rej 513 AW dengan membawa pulang kejayaan sebagai Penuntut Terbaik Akademik dalam Kursus Staf dan Taktik Gred 3 (S) Siri 1/2009. Ini merupakan kejayaan peribadi dan kejayaan Rej 513 AW secara amnya. Apapun Rej 513 AW berjaya melahirkan ramai penuntut kursus terbaik dalam apa jua kursus yang dianjurkan oleh PUSWATAN. Syabas diucapkan.