Thursday, 30 July 2009
Awas !!!!!
2. Jika anda rasa anda terlalu bagus, beware anda sememangnya tak bagus dan hanya syok sendiri.
3. kepada sesiapa berkenaan, beware!!!!!! sang keliwon akan 'menjalankan' tugasnya.
Wednesday, 22 July 2009
BIODATA RASULULLAH SAW
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571. Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk member pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M..
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
· Khadijah Binti Khuwailid.
· Saudah Binti Zam'ah.
· Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
· Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
· Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
· Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
· Zainab Binti Jahsy.
· Maimunah Binti Harith.
· Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
· Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda)..
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN: Thuwaibah
SAUDARA SUSUAN:
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
IBU SUSUAN: Halimah Al-Saidiyyah
SAUDARA SUSUAN:
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
NABI MUHAMMAD SAW - MANUSIA AGUNG
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda..
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
· Aku melihat cahaya dari lidahnya.
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan...
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.
· Kulitnya putih lagi bercahaya.
· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
· Badannya tidak gemuk. Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
· Perutnya tidak buncit. Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULAN :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
Monday, 20 July 2009
Bagaimana Mahu Kurangkan Vektor, nak musnahkan tak boleh, depa pun hamba ALLAH juge.....
dan Kurangkan Peluang Bersarang. Kedua-duanya dengan menjaga kebersihan.
2.Dalam hal nyamuk, ia berbeza samasekali. Bersih manapun rumah kita, nyamuk
tetap datang menyerang sebab darah kita adalah makanannya.
3.Jenis-jenis penyakit yang disebabkan oleh nyamuk (sebagai vektor yang
sangat tekun) adalah Dengue, Malaria, 2 jenis Equine Encephalitis, Japanese
Encephalitis, West Nile Virus dan Meningitis ( Yellow Fever ). Ada banyak
lagi jenis kat Benua Afrika dan Amerika yang lebih mengerikan.
4.Bagaimana nyamuk mengesan mangsa samada manusia atau binatang? Melalui
kehadiran Carbon Dioxide, CO2 atau Karbon Dioksida. Ia adalah gas yang
dikeluarkan pernafasan manusia dan haiwan berdarah panas setelah menghidu
udara bersih. Nyamuk boleh terbang sejauh 1.5km untuk mencari sumber CO2.
Nyamuk KL pula pandai guna lift dan ada yang naik kapalterbang ke Sabah.
5.Bahaya ke bahan kimia dari supermarket untuk bunuh nyamuk? Saya tak suka
Ubat Nyamuk ( berasap ) yang boleh menganggu pernafasan dan boleh
menyebabkan penyakit. Saya juga tak suka guna INSECTICIDE kerana terdapat
banyak kes-kes cancer, brain damage, leukimia, lymphoma dan kecacatan
kanak-kanak baru lahir di luar negara akibat darinya. Ni pulak mereka
keluarkan bahan kimia guna letrik atau bunyi anti-nyamuk. Lagi lah saya
ngeri. Maklumlah sayang bini dan anak-anak, saya cari jalan natural dan
agama Islam menyuruh kita menjaga kesihatan serta ekonomi.
6.CARA A : Bahan dapur sebagai alternatif kepada ubat nyamuk komersial.
6.1.>> Untuk Perlindungan Badan
1. Beberapa butir bunga cengkih
2. Sebatang serai dengan daun yang dipotong-potong halus
3. Satu biji limau purut atau limau nipis atau lemon atau setangkai pudina
4. Sediakan setekoh air suam
5. Perah limau ke dalam tekoh dan masukkan yang lain
6. Tutup tekoh dan biarkan beberapa jam sehingga air berbau wangi.
7. Sebelum tidur, sapukan pada bahagian badan, tangan, kaki yang mudah
diserang nyamuk.
8. Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge. Boleh guna
2 atau 3 hari.
NOTA : Saya tak simpan air wangi ni sebab bilas badan terakhir setiap hari
sebelum keluar rumah untuk Aromatherapy. Saya pening kepala kalau pakai
minyak wangi yang jual di kedai. Kimia pulak tu.
6.2.>> Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah
Guna cebisan kain yang dikoyak panjang dalam 1 kaki atau kurang. Titiskan
minyak kayu putih atau minyak cap kapak ( sebab ada eucalyptus ) pada kain
tersebut. Gantungkan di ruang atau bilik yang tak mahu nyamuk datang. Bila
nak tidur, letak lagi minyak sikit lagi.
7.CARA B: Minyak-minyak Essential Oil dari kedai Aromatherapy atau
supermarket.
7.1>> Untuk Perlindungan Badan
1. Minyak Serai Wangi ( Lemongrass ), Minyak Eucaplyptus ( Kayu Putih ) dan
Minyak Peppermint ( Pudina ).
2. Titiskan minyak ini dalam 5 atau 6 titis setiap satu jenis ke dalam air
suam setekoh dan goncang.
3. Sapukan ke bahagian badan yang tak mau digigit nyamuk. AWAS : ELAKKAN
DARIPADA TERKENA MATA, KENING dan BAWAH MATA.
NOTA : saya tak mandi dengan air minyak ni.
7.2.>> Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah
1. Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau
kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk. ATAU
2. Bakar Lilin Serai Wangi dan Pudina di ruangan tersebut.
8.KURANGKAN NYAMUK DI HALAMAN RUMAH
Semua orang rasanya dah tengok dalam TV bagaimana nak kurangkan nyamuk
dalam dan luar rumah. KEYWORD : Jangan ada air bertakung.
9.Kalau ada kolam jugak, belalah ikan atau gerakkan air tersebut dengan pump.
10.Saya tambah sikit kat sini. Bersihkan halaman rumah dari daun-daun,
dahan-dahan jatuh dan pendekkan rumput serta rimbunan. Sila ketahui, nyamuk
betina setelah bersenyawa dengan jantannya, akan cari tempat relax
semalaman di celah rumput panjang atau bawah daun jatuh. Esoknya barulah ia
menyerang manusia untuk dapatkan darah agar boleh bertelur dalam air.
Nyamuk betina memang jahat.
11.Kalau kawasan tu ada burung layang-layang atau kelawar, populasi nyamuk
akan berkurangan. Kedua-dua haiwan ini suka makan nyamuk. Tapi tak payahlah
kita bela mereka ini kerana banyak najis. Sebagai ganti, kita tanam saja
serai wangi di tempat strategik atau pokok nyamuk ( bau macam serai wangi
dan dijual di nurseri ).
12.Jika halaman rumah kita bersih dan berbau serai wangi tapi jiran kita dok
usahatani nyamuk, parah kita nanti. Kesannya berkurangan. Nasihatkan mereka
baik-baik. Jika mereka degil sangat, barulah kita bela burung layang-layang
kat tepi pagar menghala halaman mereka ( kalau larat lah ).
13.Akhirkata
Saya dah amalkan CARA A dan CARA B bertahun-tahun lamanya dan berkesan.
Jika kurang berjaya, maafkan saya kerana mungkin spesis nyamuk kita berbeza
atau nyamuk dah jadi mutant. Jadinya cubalah tambah dan tukar bahan-bahan
sendiri untuk lihat keberkesanannya. Hanya jangan berganjak dari bahan
induk, iaitu eucalyptus ( kayu putih ) dan lemon grass ( serai atau serai
wangi ).
Berita Baik Bagi Para PELABUR PMUTUALku....
Harga saham kekal meningkat
1.KUALA LUMPUR 19 Julai - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran harga meningkat minggu depan, dengan indeks utama bergerak ke paras 1,165 mata, dalam sentimen pasaran yang semakin baik, kata para peniaga.
2.Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) melepasi paras 1,100 mata minggu ini, berikutan keuntungan positif di Wall Street serta angka pertumbuhan yang baik dari negara seperti Korea Selatan, China dan Singapura.
3."Memandangkan pasaran dalam aliran positif, wujud tanda-tanda pemulihan baru yang tinggi," kata seorang peniaga.
4.FBM KLCI dijangka mencari sokongan pada paras 1,090 mata dan ketahanan pada paras 1,145 mata, katanya.
5.Aliran harga meningkat itu akan digerakkan oleh saham-saham berwajaran tinggi seperti Maybank dan Tenaga Nasional yang kini menguji paras tinggi masing-masing, kata seorang lagi peniaga.
6."Peningkatan ke paras lebih tinggi akan menarik lebih ramai pembeli dan merangsang pasaran untuk terus meningkat," katanya.
7.Jika Maybank, bank terbesar di negara ini mampu melepasi tahap ketahanan RM6.15, ia akan menarik lebih ramai pembeli, membawanya ke paras RM7.00, kata peniaga.
8.Bagi syarikat utiliti utama, Tenaga Nasional, yang melepasi RM8.15, ia dijangka mara ke paras RM8.50 dalam tempoh terdekat, katanya.
9.Pasaran bagaimanapun mungkin menyaksikan aktiviti pengambilan untung berikutan peningkatan itu, namun kerugian dijangka minimum, kata peniaga.
10."Saham-saham meningkat hampir 60 mata sejak hari dagangan yang lepas dan pasaran mungkin perlu stabil sebelum meningkat ke paras lebih tinggi," katanya.
11.Bagi minggu yang baru berakhir, FBM KLCI ditutup pada 1,120.90, meningkat 53.14 mata mengikut asas harian.
12.Indeks Kewangan melonjak 584.57 mata kepada 9,136.79, Indeks Perladangan menokok 143.58 mata kepada 5,404.40 dan Indeks Perusahaan menambah 53.62 mata kepada 2,426.00.
13.Bagi siri Indeks FTSE-BM, FMBEmas menokok 353.04 mata kepada 7,550.78, FBMTOP 100 menambah 345.42 mata kepada 7,353,23, FBM2BRD meningkat 132.88 mata kepada 4,842,37 dan FBM-MDQ mencatat 210.95 mata lebih tinggi pada 4,077.68.
14.Jumlah dagangan sebanyak 5.310 bilion saham bernilai RM6.326 bilion, meningkat daripada 3.396 bilion saham bernilai RM5.021 bilion sebelumnya.
15.Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 4.480 bilion saham bernilai RM7.107 bilion berbanding RM4.9 bilion sebelumnya.
16.Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 279.605 juta saham bernilai RM120.698 juta berbanding 205.906 juta saham bernilai RM81.8 juta minggu lepas.
17.Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq melonjak kepada 338.957 juta saham bernilai RM58.670 juta berbanding 112.37 juta saham bernilai RM18.622 juta sebelumnya.
18.Jumlah dagangan bagi waran meningkat lebih sekali ganda kepada 192.078 juta saham bernilai RM31.580 juta berbanding 60.278 juta saham bernilai RM10.046 juta minggu lepas. - Bernama
Marwa as-Sharbini: Mati syahid kerana tudungnya
Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.
dari: www.niknasri. com
(disunting dari pelbagai sumber)
Wednesday, 8 July 2009
okay fine.....
Wednesday, 1 July 2009
After 13 years........................
2. In the middle of program, I saw somebody, guess who? She was so meaning to me while I were in SAHC, Cg Mardziyah Awang, after 13 years, baru hari ni jumpa kembali. Aku memang salute habis Cg Mardziyah, banyak membantu aku untuk score untuk dengan excellent dalam Akaun SPM 1996.Walaupun dah berpindah ke SMK Tunku Malik masa aku form five tapi sanggup lagi untuk tuisyenkan aku n de gang. Boleh dikatakan semua score dlm Akaun SPM 1996. Akupun asalnya dah keje INTERNAL AUDITOR tapi bertukar menjadi cikgu akaun akhirnya, akhirnya? Mungkin kerjaya guru bukan terakhir bagiku, i hope to get another job except guru, i'm not intent to condemn teacher profession but, memang aku tak minat untuk keje guru, from the top teach us on how to hipocrate, to cheat. But who can understand me?
3. Aku berharap dapat berjumpa lagi my idol teacher.