Monday 20 July 2009

Berita Baik Bagi Para PELABUR PMUTUALku....

Harga saham kekal meningkat

1.KUALA LUMPUR 19 Julai - Harga-harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran harga meningkat minggu depan, dengan indeks utama bergerak ke paras 1,165 mata, dalam sentimen pasaran yang semakin baik, kata para peniaga.

2.Petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) melepasi paras 1,100 mata minggu ini, berikutan keuntungan positif di Wall Street serta angka pertumbuhan yang baik dari negara seperti Korea Selatan, China dan Singapura.

3."Memandangkan pasaran dalam aliran positif, wujud tanda-tanda pemulihan baru yang tinggi," kata seorang peniaga.

4.FBM KLCI dijangka mencari sokongan pada paras 1,090 mata dan ketahanan pada paras 1,145 mata, katanya.

5.Aliran harga meningkat itu akan digerakkan oleh saham-saham berwajaran tinggi seperti Maybank dan Tenaga Nasional yang kini menguji paras tinggi masing-masing, kata seorang lagi peniaga.

6."Peningkatan ke paras lebih tinggi akan menarik lebih ramai pembeli dan merangsang pasaran untuk terus meningkat," katanya.

7.Jika Maybank, bank terbesar di negara ini mampu melepasi tahap ketahanan RM6.15, ia akan menarik lebih ramai pembeli, membawanya ke paras RM7.00, kata peniaga.

8.Bagi syarikat utiliti utama, Tenaga Nasional, yang melepasi RM8.15, ia dijangka mara ke paras RM8.50 dalam tempoh terdekat, katanya.

9.Pasaran bagaimanapun mungkin menyaksikan aktiviti pengambilan untung berikutan peningkatan itu, namun kerugian dijangka minimum, kata peniaga.

10."Saham-saham meningkat hampir 60 mata sejak hari dagangan yang lepas dan pasaran mungkin perlu stabil sebelum meningkat ke paras lebih tinggi," katanya.

11.Bagi minggu yang baru berakhir, FBM KLCI ditutup pada 1,120.90, meningkat 53.14 mata mengikut asas harian.

12.Indeks Kewangan melonjak 584.57 mata kepada 9,136.79, Indeks Perladangan menokok 143.58 mata kepada 5,404.40 dan Indeks Perusahaan menambah 53.62 mata kepada 2,426.00.

13.Bagi siri Indeks FTSE-BM, FMBEmas menokok 353.04 mata kepada 7,550.78, FBMTOP 100 menambah 345.42 mata kepada 7,353,23, FBM2BRD meningkat 132.88 mata kepada 4,842,37 dan FBM-MDQ mencatat 210.95 mata lebih tinggi pada 4,077.68.

14.Jumlah dagangan sebanyak 5.310 bilion saham bernilai RM6.326 bilion, meningkat daripada 3.396 bilion saham bernilai RM5.021 bilion sebelumnya.

15.Jumlah dagangan di Papan Utama meningkat kepada 4.480 bilion saham bernilai RM7.107 bilion berbanding RM4.9 bilion sebelumnya.

16.Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 279.605 juta saham bernilai RM120.698 juta berbanding 205.906 juta saham bernilai RM81.8 juta minggu lepas.

17.Jumlah dagangan di Pasaran Mesdaq melonjak kepada 338.957 juta saham bernilai RM58.670 juta berbanding 112.37 juta saham bernilai RM18.622 juta sebelumnya.

18.Jumlah dagangan bagi waran meningkat lebih sekali ganda kepada 192.078 juta saham bernilai RM31.580 juta berbanding 60.278 juta saham bernilai RM10.046 juta minggu lepas. - Bernama

No comments: