Saturday 18 April 2009

Dah 3 tahun.......

1. 17 April 2009 - hari ni dah 3 tahun usia anak tunggalku. Pagi lagi aku nak keluar pergi kerja (hari jumaat pun kerja jugak ke?) Batrisyia bangun, "Baba, nanti belikan kek kat Isya naaa..." sedikit EQ naik dalam jiwaku. Aku "ok, nanti Isya mandi, tolong ummi buat kerja, petang baba balik kita p makan kek umah tok wan". Batrisyia "ok baba", sambil menggosok matanya.
2. Aku pergi ke lokasi latihan, Kapt Shabri takdak, Mej Zaib takdak, Lt Helmi pun takdak, lupa lak depa ada camping di Puncak Janing. So, aku officer in charge. Macam biasa, pagix PT la, habis PT suruh NCO ambik kawad, abih kawad, solat jumaat, petang terus sukan,semua aku hayun suruh main bola sepak (sekali ngan anggota baru pranita).
3. Abis kerja, pergi Fatimah Bakery kat Jerai Plaza, cadang nak beli cheese cake, tapi kecik bangat, so kek coklat+vanilla.
4. Sampai umah, Batrisyia dah nangis nak p umah tokwan, takdan nak rehat, p plak umah tokwan.
5. Malam p kedai di Kupang, Dibah nak beli mixed vege., ada orang order Makaroni Bakar, beli bihun sup, balik umah makan, pastu badan pun dah piawai, terus tido sampai pagi tanpa sedar.

No comments: